Friday, December 31, 2010

BYE BYE 2010..WELCOME 2011..

pejam celik..pejam celik sekejap je dah nak masuk tahun baru . 2011 is coming & 2010 will leave us just in a few hours . Tahun ni  aku celebrate kat rumah je . korang pulak celebrate kat mana ?? mesti korang ade yang rancang nak celebrate ngan kawan2 or family kan . Yang couple pulak mesti dah rancang "aktiviti" yang menarik kan ? HAHA.. Hope tak kan jadi la benda2 yang mengarut tu .


Masuk je tahun baru,orang mesti cakap pasal AZAM. Azam aku untuk tahun 2011 ni banyak . Salah satu nye,aku nak study hard supaya dapat kalah kn "musuh" aku dalam study ni . Siapa "musuh" aku tu ?? HAHA just let it be a secret..wekk . Ok..apa azam korang tahun baru ni ?? mesti ada yang nak kahwin kan ?? HAHA..Aku lambat lagi la nak fikir soal kahwin ni .







goodbye 2010..welcome 2011..hope kita semua jadi lebih matang dan tabah jalani semua ujian dari ALLAH SWT .. peace sayang korang semua !!

Friday, December 24, 2010

KEMALANGAN DAN MAMAK

Ada satu kejadian langgar lari berlaku di mana pun aku tak tahu. Malang sungguh bagi polis kerana ada satu je saksi iaitu seorang mamak. Polis bertanyakan no plat kereta yg melanggar mangsa kepada mamak. Lalu mamak tu pun berkata :

S...satu ada 3 mari.satu tiada,dua tiada..Q juga mari

Polis itu pun kebingungan.So,moralnya kalau nak jadi polis harus beriQ tinggi.

CUBA PAHAMKAN AYAT MAMAK TU NGAN NO PLAT NI:
SB 1020 Q

FAKTA MENARIK 2

1. produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

2. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

3. Nombor 4 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'.

4. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

5. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

6. Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.

7. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya.

8. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome".

9. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandasnya.

10. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.


Wednesday, December 22, 2010

Apa hubungan 9/11 dengan Q33 NY...??

Cube anda test tutorial kat bawah nie..

1. Buka Microsoft Office Word.
 
2. Taipkan dalam HURUF BESAR, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah nombor pesawat yang melanggar WTC
 
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
 
4. Highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS

 

Pastu korang tgk ape hasilnya...cube la..

KERJA..KERJA..KERJA..

Kali ni aku nak cerita pasal pengalaman kerja aku. Banyak jenis kerja yang aku pernah cuba. HAHA semua ni pasal aku mudah bosan dengan sesuatu kerja tu.




OK..ni tempat kerja aku yang first sekali,PASARAYA TUNAS MANJA MUADZAM SHAH.  Jarak antara rumah aku dengan tempat ni tak la jauh sangat,lebih kurang 20KM je. So,aku ulang alik je naik motor EX5 aku ni (sekarang dah kena jual). Banyak pengalaman yang aku dapat kat sini. Ponteng kerja tu biasa la,pengaruh kuat sebab pusat snooker kat atas  tempat kerja aku je HAHA. Gaduh dengan manager tu perkara biasa la. Dah dia selalu lebih kan pekerja nepal,siapa tak sakit hati kan. Cakap 1MALAYSIA,bila aku nak berhenti dia tak bagi,so aku mintak la naik gaji HAHA. Tapi tak lama lepas tu,aku berhenti gak.




Then,aku apply plak kat  CANON OPTO (M) SDN BHD kat Shah Alam. Lama gak aku stay kat rumah je lepas berhenti kerja dulu. Kerja kat sini ok gak la. Gaji pun masyuk HAHA. Baru 2 minggu kerja aku dapat RM800. Tapi nak buat camne kan,jodoh kerja kat sini tak ade HAHA. Kat sini ramai pekerja dari sabah. Macam macam gaya & perangai diorang. Kat kilang ni aku kena jaga mesi untuk cuci lens. BAHAYA?? yup..memang bahaya sebab lens ni cuci pakai chemical. Hari hari aku main chemical,tangan pun gatal gatal. Pernah ada kes sorang pekerja lelaki ni kena gatal gatal kat "anu" dia HAHA. Tak lama lepas tu,aku pun berhenti even kerja kat situ relaks je.


Ok..ni tempat kerja aku yang last buat msa ni. THE CHICKEN RICE SHOP kat Ole Ole Shah Alam. Best kerja sini,kedai ni tak la besar sangat so tak ramai pekerja & aku pun tak la rasa serabut sangat. Makan minum semua di tanggung,mana yang lebih pun bungkus bawak balik rumah. Kerja pun tak la berat sangat tapi paling letih masa closing. Nak kena basuh lantai,pinggan & buang sampah. Time rehat aku selalu pergi kedai jual CD PS2. Aku ni giler game HAHA. hari hari pergi kedai game tu pun memang tak pernah bosan. Tak lama aku kerja sini,pastu berhenti gak. Ermm..ni la pengalaman kerja yang aku ada,walaupun tak la best sangat bagi korang (aku rasa la),tapi aku tetap enjoy..HAHA

K.P @ KUALA PILAH


           Kuala pilah...wait for me HAHAHA. Sini lah "rumah" kedua aku. Nampak nye aktiviti aku untuk tahun 2011 nanti tak banyak berubah. Aku ingat aku boleh lari dari lihat semua ni. HAHA tapi tak pe la,maybe ada hikmah sebalik semua ni.
          
           MALAS,antara sebab kenapa aku still kena stay kat KP ni. Dulu tak nak struggle masa ada peluang. Tapi tak pe,aku hope aku boleh buat yang lebih baik kali ni. Kena lebih alert dalam kelas (kadang2 tido gak) HAHA..semua tu lumrah dalam study ni.

             Tapi kali ni situasi tak sama macam dulu. Kawan kawan pun tak sama macam dulu. Banyak yang berubah. I MISS U ALL. Hope korang semua ingat aku lagi (even aku ni tak glamour). HAHA

             UiTM Kuala Pilah...here I come!!!

FAKTA MENARIK

1. seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran lebih kecil berbanding wanita.

2. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan
pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun).
 
3. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

4. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

5. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.

6. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit.

7. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.

8. Darah sama pekat dengan air laut.

9. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.

10. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya.


p/s : korang nak tau lagi fakta2 menarik??
        tunggu post aku seterusnya k..